Sunday, September 27, 2015

OUTDOOR ACTIVITY :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum evelibadiii..

Cuaca makin teruk kan sekarang dengan jerebu nyaa. pening kepala koi. emmmm. jaga kesihatan ye semua.. banyakkan minum air dan kalau keluar tu pakailah mask ye. :)

okayy. actually this time aku nak cerita pasal pengalaman aku masa pergi Escape Park, Penang time dulu-dulu waktu matrik. mungkin korang cam pikir.. benda dah lepas kan buat apa nak cerita. tapi!!! aku tak kira. aku nak cerita gakk. hahahahaa. *acah gila kuasa* aku still nak cerita sebab aku rasa ia suatu pengalaman yang sangat best dengan kawan-kawan matrik terutama kawan JPP aku. hehheh. . :)

okay. jom mengimbau kembali waktu matrik dulu-dulu.. hihihihi.
aku dulu jpp (jawatankuasa perwakilan pelajar) dekat KMKN. ntahlaa macam mana boleh jadi. ttba rasa teringin nak join jadi jpp dan tengok-tengok terpilih. alhamdulillah. rezeki dari Allah. hehe.
okay melalut pulak aku. relax... ni baru starting point.. hehehe. okay done pasal tu.. seminggu sebelum kami (JPP) pergi escape park tu. penasihat kami adalah suruh kami cari orang siapa nak join. sebab nak penuhkan kuota bas 44 seat. kami( JPP) ada 20 orang tambah cikgu 2 orang. so kosong lagii 22 seat. then, bila kami offer kt student matrik lain,,, berebut kut diorang bagi nama kat kami termasuk aku lah. fon bunyi sokmo sbb member tanya ada kosomg lagi ke tak. bila dah setel pasal semua tu. dah cukup 44 orang termasuk cikgu, weekend tu pun kami pergi. tarikhnyaaa.. maaflah tak ingat sebab pergi tahun lepas. hehehe. okay then, hari nak gerak tu, awal-awal pagi kami dah terpacak depan gate utama matrik tunggu nak naik bas. mestilah naik bas matrik.. hehe. sebab tempah awal kalau tak melepas. dari kuala nerang ke penang dalam 2 jam lah kod . aku pon tak sure sebab dalam bas tidur je tak pun dengar lagu buat hal masing-masing. hehe. normal laaa kan :) 
bila dah sampai tu. turun dari bas ada yang muka excited, muka baru bangun tidur, muka penat pun ada. tu belum mula main lagi. hahahhaha. 

okay. kami beratur amik gelang nak main sebelum masuk. and then ada abang tu dia bagi penerangan pasal game game kat dalam tu. dari luar dah nampak tali flying fox. excited sangat !!! hahahaha. 
aku memang takleh dengan outdoor activity ni. memang aku minat kaw-kaw lah. haha. okayy. ni haa gambar gambar kat escape park yang aku nak share ,,




 okayyy. ni gambar kawan kawan matrik aku lah. tu salah seorang penasihat jpp. yg baju lain sikit tu.(kiri) CIKGU HAIZAN nama dia. hehe. dia memang sempoi habis lahh. ni masa kami get ready nak main MONKEY BUSINESS. game ni ada banyak level. tak silap aku sampai level 4. aku sampai level 3 jeee sbb nak save masa nak g main benda lain pulak. dah bayor kan. mestilaa kene main semua game. hehehehehe.



okayy next... game ni nama dia FLYING KITE. benda ni kalau naik tak menjerit tak extreme lah kan. aku naik ni debar mula mula tapi bila dah rasa,, nak naik banyak kali pulak. tapi.... bukan aku sorang je kan yang ada . nak naik ni. mahu lah kami tunggu nak dekat 30 minit. ramai sangat orang bak hanggg. sampai nak tertidur tunggu nak naik benda alah ni. ayooooo. hehe. tapi serius naik ni best. kalau datang tempat ni, jangan lupa naik yeeee. ^^




yang ni pulakkk... apa tah nama nyaa. aku pun dahh lupa sebab naik benda alah ni rasa macam nak tercabut jantung. terjun dengan tali longgar setinggi 12 meter dri tanah. mak aiiii. mencabar sangat sangat. actually, kat sini tempat orang yang nak cabar diri sendiri. aku naik yang 12 meter jaa. yg dalam gambar ni 20 meter . huhuhuhuhuh. nangis makk kalau naik yang ni.


okay done. banyak lagi gambar sebenarnya... tapi aku rasa cukup lah kut sampai sini je dulu. nanti aku update lain okayy. busy dengan assignment pulak. ni suka suka je share untuk lepas stress kan.. 

xoxo. done,!!

have a nice day  :)

Assalamualaikum.. 





Saturday, September 26, 2015

OBSES :)

Assalamualaikum semua warga bumi tercinta.. :)

hari ni aku nak cerita something pasal OBSES.
Obses ni maksudnya sesuatu yang sentiasa dalam fikiran. tu ikut teori lah, hehe.
tapi kalau ikut cara aku paham..  obses ni sebenarnya adalah satu minat yang terlalu mendalam akan sesuatu hal atau benda.
sebagai contoh........... haaaa.
aku ni obses pada tudung atau segala jenis tudung laa. sebab bagi aku, tudung ni umpana mahkota perempuan.
 kalau nak listkan, sekarang ni macam-macam tudung ada sampai tak tersenarai. Tapi aku rasa nak senaraikan serba sikit jap. 
okay contoh-contoh tudung yang ala-ala famous sekarang:
-tudung bawal kangaroo
-tudung bawal crepe
-tudung bidang 45,50,55 dan 60. setakat ni. banyak ni je bidang yg ada, ke depan.. wallahualam... :p
belum habis contoh lagi nihh.. tu baru tudung bawal . mungkin ada banyak lagi tapi tu ja yg mampu aku igt buat masa ni. .. n then .. jap ada lagii nak list...
-shawl chiffon dual curve
-shawl glitter 
-wide shawl
-pashmina
-shawl crepe
-shawl hanis zalikha
-instant shawl.
dan...... macam-macam lah. yg tu je setakat ni boleh nak list. yang tu je ada dalam fikiran aku. kalau kat matrik dulu. kawan-kawan selalu nak pinjam tudung.
tapi alhamdulillah depa amik dan pinjam jaaa pastuh pulangkan balikk. pulangkan dalam keadaan yang elok balik. alhamdulillah.. :) sayang uollsss. hehe. *tetiba*

Btw, disebabkan aku terlalu obses dengan tudung-tudung ni, dia memberi inspirasi untuk aku bukak bisnes tudung satu hari nanti. tak kisah laa secara online atau kedai, tapi sejak masuk dalam bidang perakaunan atau bisnes ni,, aku memang rasa nak jadi usahawan muda mungkin bermula dengan jual tudung, tapi mungkin akan datang aku rasa nak buat bisnes jahitan pakaian, yang mana... permintaan dalam pembuatan pakaian dalam ekonomi sekarang ni sangat tinggi. aku sampai dah terpikir pikir ke duit masyukkk. hahahhaha. *terover*. 

okay. cukuplah kut aku mengarut pasal obses ni. hahahaha. takpe. next time aku ada story best aku cerita lagi okay. thats all. bye. Assalamualaikum..:)