Wednesday, December 2, 2015

WASIAT AYAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Kali ni nak story pasal "wasiat ayah".

actually takde apa pon dengan tema kali ni, biasa biasa je, takde sedih sedih hokayy. huhu

Cuma penulisan kali ini aku teringat umi pernah cerita kat aku pasal wasiat ayah ni. memang dia takde tulis atas kertas pasal wasiatnya tapi... ayah pass kan wasiat dia pada seorang hamba Allah ni untuk dia sampaikan pada umi. 

cerita dia begini... hamba Allah ni datang rumah dan kata nak jumpa umi. dia beritahu umi tentang mimpi dia semalam dan segala apa yang ayah nak sampaikan pada umi dan kami adik beradik..
ayah bagitahu dan pesan pada umi untuk jaga anak anak dengan baik, besarkan kami dengan baik dan jaga diri sebaiknya dan in sha Allah 'abang' tunggu di sana. ayah beritahu dia duduk di tempat yang baik baik dan menunggu kami semua kat sana. hmmmm.. Ayah juga pesan pada kami sebagai kakak ni untuk jaga umi dan adik baik baik.. gunakan segala ilmu yang ayah ajar pada kamu semua masa sepanjang ayah ada. didik lah adik adik kamu sebagaimana ayah mendidik kamu semua. ayah kata kadang kadang dalam kita menasihat ni kita da banyak cara, ikut keadaan, guna ketegasan dan juga kelembutan dalam menasihat. in sha Allah. ayah juga pesan kat kami as kakak ni jaga aurat masing masing dan jangan terlalu ikut kehendak hati perlu tolerate ikut keadaan . kena pandai pikir mana baik mana buruk. jangan tergoda dengan hasutan syaitan. jaga solat lima waktu dan rajin baca al-Quran pada waktu maghrib setiap hari. ajar adik adik mengaji macam mana ayah pernah ajar kamu dulu. jadilah anak yang soleh dan solehah dan sentiasalah mendoakan ayah di sana. ayah sentiasa menunggu doa dari kamu semua kerana kamulah 'HARTA' yang ayah ada di dunia dan di akhirat. 

segala wasiat itu ayah sampaikan melalui hamba Allah tu.maaf jika penulisan agak mengusik jiwa. itu sahaja untuk kali ini. 

TERIMA KASIH

N A Z I H A H S A F U A N

221115

Bismillahirrahmanirrahim. semoga ALLAH memberkati hidup kita semua pada hari ini.

Kali ini aku nak throwback sikit pasal explorace Xtreme-c 2 minggu lepas.
Macam biasa explorace memang lah memenatkan tapi ia bagus untuk merapatkan hubungan antara siblings kami dalam kumpulan 6. #G64LIFE.............
Daripada tak kenal satu sama lain tapi bila ada explorace ni and work together so hubungan itu semakin rapat. ookayyy lupa nak cerita pasal kelab Xtreme-c ni dulu.. Kelab ni adalah salah satu kelab terunggul dan famous di Kolej Ungku Omar, UKM. Rata - rata budak kuo ni mesti tahu laa serba sikit pasal kelab ni. kat luar kolej im not sure. huhu.
So,,, minggu lepas ajk - ajk kelab buat explorace untuk student first year.. dan diagihkan kumpulan ikut siblings lah. and btw, kalau nak tahu siblings ni dalam kelab Xtreme-c ni adalah satu kumpulan kecil yang hanya ada 10 ahli di dalamnya, kalau kita nak kenal satu kumpulan besar kita kena kenal yang kumplan kecil - kecil dahulu.. :)

okay, cerita pasal explorace hari tu,, mula - mula tu memang lah macam tak excited sebab hari minggu pagi pagi dah awal kena bangun kena turun foyer pukul 8 pagi,, aku kalau masa in sha Allah sharp. sbb masa tu penting, kalau org kata pukul 8 so pukul 8 lah kan. kecuali kalau aku terbabas tu nak buat macam mana , salah aku, aku ngaku.. hahahhaa. pukul 8 pagi aku sharp turun tengok tak ramai pon orang ada berapa ketul je,, dah la kita bangun pagi org lain buat problem pulaak,, memang nak hangin laaa. ngantuk weh pepagi hari minggu. lambat jugak laa kumpul semua dan mula pon lambat.. tapi dapat siblings yang excited nak menang hadiah so aku pon usaha laa nak menang. dari satu check point ke satu check point lain dah laa jauh. hmmmm.. nak tercabut kaki tambah lenguh - lenguh. memang penat lahhh. nak dekat jam 11.30 pagi kumpulan aku selesai semua checkpoint dan berehat di foyer kolej untuk tunggu yang lain selesaikan checkpoint mereka. pukul 12 kami dilepaskan pulang ke bilik masing-masing utk berehat. alhamdulillah....

pada sebelah malam pula, pihak ajk kelab buat bbq untuk kami sama sama makan dah penyampaian hadiah malam tu. jumpulan aku dapat nombor 4 alhamdulillah. hee. so thats all.

Thank you

N A Z I H A H S A F U A N