Wednesday, December 2, 2015

WASIAT AYAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Kali ni nak story pasal "wasiat ayah".

actually takde apa pon dengan tema kali ni, biasa biasa je, takde sedih sedih hokayy. huhu

Cuma penulisan kali ini aku teringat umi pernah cerita kat aku pasal wasiat ayah ni. memang dia takde tulis atas kertas pasal wasiatnya tapi... ayah pass kan wasiat dia pada seorang hamba Allah ni untuk dia sampaikan pada umi. 

cerita dia begini... hamba Allah ni datang rumah dan kata nak jumpa umi. dia beritahu umi tentang mimpi dia semalam dan segala apa yang ayah nak sampaikan pada umi dan kami adik beradik..
ayah bagitahu dan pesan pada umi untuk jaga anak anak dengan baik, besarkan kami dengan baik dan jaga diri sebaiknya dan in sha Allah 'abang' tunggu di sana. ayah beritahu dia duduk di tempat yang baik baik dan menunggu kami semua kat sana. hmmmm.. Ayah juga pesan pada kami sebagai kakak ni untuk jaga umi dan adik baik baik.. gunakan segala ilmu yang ayah ajar pada kamu semua masa sepanjang ayah ada. didik lah adik adik kamu sebagaimana ayah mendidik kamu semua. ayah kata kadang kadang dalam kita menasihat ni kita da banyak cara, ikut keadaan, guna ketegasan dan juga kelembutan dalam menasihat. in sha Allah. ayah juga pesan kat kami as kakak ni jaga aurat masing masing dan jangan terlalu ikut kehendak hati perlu tolerate ikut keadaan . kena pandai pikir mana baik mana buruk. jangan tergoda dengan hasutan syaitan. jaga solat lima waktu dan rajin baca al-Quran pada waktu maghrib setiap hari. ajar adik adik mengaji macam mana ayah pernah ajar kamu dulu. jadilah anak yang soleh dan solehah dan sentiasalah mendoakan ayah di sana. ayah sentiasa menunggu doa dari kamu semua kerana kamulah 'HARTA' yang ayah ada di dunia dan di akhirat. 

segala wasiat itu ayah sampaikan melalui hamba Allah tu.maaf jika penulisan agak mengusik jiwa. itu sahaja untuk kali ini. 

TERIMA KASIH

N A Z I H A H S A F U A N

No comments:

Post a Comment