Saturday, October 31, 2015

MOOD ON :)

Assalamualaikum semua..

yayyy. jumaat akan datang ni ukm bakal sunyi sebab kami semua nak balik kampung... ehheehhee. bye bye semua. akhirnya dapat gak balik rumah. stress gak kadang2 bila tengok kawan kawan yang duduk jauh dapat balik kampung.. sampai perlis jauh sana pon balik gakkk. hahahaha. legend. weekend kot. sanggup. aku yang rumah dekat ni tak boleh balik sbb busy memanjang. kaki bengkak aritu pon tak balik kena halang dengan member tak bagi balik suruh main gak softball. nasib baik sayang.. acececee... hahahahahah. aku takdelah kejam sangat tinggalkan team macam tu bila sakit.. tapi alhamdulillah ,, 2 3 hari kaki dirawat sendiri oleh tuan badan sndiri akhirnya beransur baik dan pulih seperti biasa.. cuma ada laa kadang kadang tu rasa sakit jugak. so far. alhamdulillah ALLAH Maha Kuasa penyembuh segala sakit dan luka. huhu. Luka hati pon ALLAH boleh ubatkan tau.. dah ada pon ubatnya iaitu solat dan al Quran. lengkap Allah bagi dua terus.. heeeee. :)
n  btw,, cuti seminggu plan nak cycling kat kampung and mandi sungai dan air terjun ofkossss. hehehe. tak sabarnyaaaaa. tapi.... assignment ponnnnn boleh tahan.. emmmm.hmmmmmm.
tapelaaa. tak sabar nak habis weekend ni n my holidays mood will turn on. hari kamis kelas management mesti dah hambar sebab boleh kata ramai dah angkat kaki masuk bas dahhh. ahhaahahha. kl sentral mesti macam semut. aku naik ktm bangi sampai kl sentral pon konfem sardin ahhhhh. hahahahahhaah. ayoooo. sabar je lahhh.

so im done !! xoxo. BYE :)

Monday, October 26, 2015

SHORT VACAY LANGKAWI :)

Hai gaisss.
skrg ni sibuk sibuk jerebu asap kuning laa pulak. emmmm. bersabarlah semua.. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. banyakkan berdoa. Allah pasti dengar akan doa hambaNya. :)
stay strong and keep healthy yaa guysss... hehe.

okayy this time aku nak sambung cerita aku g langkawi tahun lepas.......
last time aku berhenti sampai skytrex right??? okayyy. lets continue. hehe. ^^

lepas pada g skytrex.. kami ke oriental village kalau tak silap nama dia tu. kat situ tempat shopping byk. kat situ dia macam pusat pon ada.. sebab kat situ ada muzium 3D, skycab, skydome, skybridge, duck tour n macam2 lagi lah. pening aku nak list sbb banyak sgt. lepas main skytrex tu kan penat.. ya Allah rasa nak trcabut kaki pon ada. sbb panjat sana sini nak dekat 30 meter naik tinggi. kat oriental village tu kami sampai terus beli tiket takut ramai. lepas tu dpt masuk skydome. skydome ni tak scary pon . hahhahaa. dy cuma masuk dalam hall. pastuh tengok video 3D time tgah naik roller coster. rasa sama macam naik roller coster lah sbb gayat pon ada dok terpusing-pusing. hahhaha. dgn org lain jerit jerit. hahahhaa. lawak laaa gak. tapi nice laa sbb mcm real. keluar pada tu kami relax2 naik skycab. benda alah ni cable car. hahaha. naik sampai atas. mmg umpphhh laa sbb tenang je tengok pemandangan sekeliling.. best n gempak laaa. dengan lepas penat main nyaa. okayyy. sampai atas tu. ada sesi fotografi dengan patung mickey mouse. hhahha. menyempat.. pastuh dy berenti utk tgkp gmbar scenery . view dy mmg terbaik. tak rugi wehhhhh. seriuss. dah puas bergmbar naik balik ke tas lagii. okay sampai ats. kat situ laa permulaan utk skybridge. jambatan gantung ats gunung. gembak bro !!! terbaikk.. tapi... nak ke jambatan tu. kami kena jungle trekking sikit.. jalan nya berliku2 dan akhirnya sampai kat jambatan tu kaki menggeletar sbb penat jalan jauh. hahaha. tapi puas laa sbb ats tu best tahap nak mati. hahhaha. dengan angin nyaaa. kadang2 jambatan tu mcm gegar2 sikit sbb kelajuan angin atas gunung kan. sapa yang gayat tu nasib laaa. heheheheh.







tu adalah sikit2 gambar kat skybridge and skycab. acah2 je. hahahaha. 

last but not least.. aku sambung next time okayyy?? 

xoxo. done!! Assalamualaikum :)










Tuesday, October 20, 2015

SESAL :)

ASSALAMUALAIKUM..

SESAL??? nak kata menyesal tu. ada laa jugak sbb tak dpt hadir kelas masa sir terangkan ttg lab test. hmmmm. tapi dah sakit demam tak boleh nak paksa diri nak datang kelas. so i redha.. ahhahahaha.
hari ni ada lab test 1 for kelas aplikasi komputer. smlm tidur pukul 2 sbb nak buat revision pasal lab test ni. dah try buat sblum test kalau result teruk. emmm tak tahu lah. nangis laa kut. hahahhah.
kalau result teruk rugi laaa masa aku stay up sampai pukul 2 pagi smlm. hmmmm.
tapi hari ni alhamdulillah la boleh buat lab test tu. cuma ada laa part2 yang k.o sikit. hahahha. 
actually yg BMI tu aku boleh salah kira mula-mula. adoii... hahhaha. salah data salah laa yang belakang-belakang.. nasib baik aku double check aku punya data. kira satu-satu yg BMI tu baru tahu kata salah. terus tukar laaa cepat. masa ada sejam lagi.. menggeletar gak laa tangan nak taip nak betulkan itu dan ini. hehehehe. on time ke tak on time hantar tu pon aku tak tahu. ikut nasib. aku berserah.........................

Monday, October 19, 2015

BEBAN :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Hi guyss. im tired.. huhu. hmmmmm :(

this month .. kuliah dan aktiviti kolej full. hmmm
penat.. nak nangis.. nak balik rumah ... nak umi.. 
cehh. haha. anak perempuan mmg laa manja sikit kan. hahahahah. 
tapi aku tadelah homesick selalu.. jarang - jrang.. kadang - kadang...

Dengan tajuk beban ni aku nak cerita pasal beban kaki terseliuh. hahahha
minggu lepas. rabu malam khamis. aku ada friendly bola baling dengan KKM. biasalah skrg ni busy ngn SUKEM kannn. hmmm. rabu plak cuti. petang tu dah training softball. malam friendly handball pulak. so badan pon letihh.. waktu main tu. second half game aku nak shoot tiba-tiba lutut aku terseliuh.. hmmm. waktu lompat tu aku terus jatuh ats court. terbaringg.. tapi alhamdulillah sedar x pengsan.pastuh team lain terkejut tengok aku jatuh terus lari kat aku tanya kenapa.. aku suruh diorang bukak kasut aku dan straight kan kaki aku then dorang angkat aku g tepi sbb team laki nak game pulak. agkt tu dorang papah jee sbb aku nak cuba jalan sendiri. sampai kat tepi dorang call BSMM datang untuk rawat aku... dalam 10 minit tggu BSMM datang rawat. dorang letak ais kat lutut aku .. lepas dah habis game laki.. kitaorang pon balik ke kolej .. 
2 hari aku terbeban dengan kaki tak boleh nak lipat dan jalan pon terhencut-hencut. sakit wehhh. 
tapi nak buat macam mana dugaan Allah dan salah sendiri .. hmmm. dahlah sabtu nak game softball. so kamis dengan jumaat tu mmg aku suffer laa dengan kaki nak solat susah nak kena tuam ais letak minyak panas lagi.. tidur tak selesa sbb kaki sakit nak alihkan. nak angkat kaki kanan ni sendiri pon tak mampu.. kena support ngn tangan. sedih gilaaa. hhaahha,. call umi bgtahu then dy suruh balik sbb nak urut.. tapi bila pkir nanti nak balik mesti umi nak kena datang ambik then susahkan umi pulak. dhlah umi kerja. so aku buat keputusan taknak balik then rehat je kat bilik. lepas 2 hari kaki aku makin better. igt pagi sabtu tu turun pdg tak main. tapi team pujuk aku ajak main. so, aku main as a pitcher tapi aku tak batting dan tak lari sbb aku tak mampu. so dalam game keje aku pitch je. hahahaha. so far alhamdulillah kaki makin baik dan team softball kuo berjaya ke separuh akhir. 

alhamdulillah.. so next week suku akhir. this week kena pulihkan kaki sepenuhnyaa. in shaa Allah.

Done !! xoxo. bye .



Thursday, October 15, 2015

FULL OCTOBER :)

bismillahirrahmanirrahim..

bulan yang memenatkan iaitu bulan 10.
emmm. hmmmm. mengeluh panjang aku...
setiap minggu dari skrg weekend full. nk balik rumah pon jarang sgt even rumah dekat. huhuhu. 
hujung bulan ni ada exam makro n akaun. pastuh minggu depan ada SUKEM . ayoooo. 
tulah yang tajuk namanya "FULL OCTOBER". umi selalu marah kata jangan mengeluh. semua ni awak yang pilih kan.. so awak laaa yang hadap. *istighfar*.. niat dalam hati jangan mengeluh. bulan-bulan depan makin dekat nak final nanti lagi busy aku rasaa.. fuhhh. mencabar sungguh.. tapi this is life. mana ada orang yang duk relax goyang kaki jaa. mana nak ada kejayaan. even anak orang kaya boleh goyang kaki jaaa berehat. tapi hat kaya dan berjaya tu bapak dia bukan dia. actually,, kaya dengan harta tapi jiwa gelisah buat apa kan. emmmm. biarlah kita jadi orang yang biasa-biasa sahaja tapi hati kita sentiasa gembira.. ^^,   
pasal sukem ni.. kawan kawan semua tanya tak penat kaa asyik bersukan jaa. tapi bagi aku,aku bersukan untuk badan sihat. kalau tak bersukan ni badan jadi lemau jaaa. lesu .. kadang kadang sukan ni boleh hilangkan stress bila dengan kawan-kawan. main saja saja jaa. lepak2 pukul-pukul bola. time serius kita serius laa kan. time main kita main. taknak pon bersukan orang kata nanti sado lah apa lah.. hahaha. aku hanya bersukan untuk suka suka rapatkan ukhuwah kononnya. hahahhaa. then, bersukan untuk badan sihat mood okay. simple. takde yg penat2 pon sukan ni. lain laa kau anggap sukan ni masa dalam game. serius fokus. tu lain laaa. ada masanya okayy.. 

simple. done!!. xoxo.

Assalamualaikum. :)

Thursday, October 8, 2015

10.10 :)

Assalamualikum and hello guyss. !!!1
today i would like to share with you about '10.10' . 

"Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Beliau juga telah mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015." 

 so.... skrg dah pukul 12 tengah malam dah dikira 9 oktober 2015. so jom kita countdown lagi sehari je lagi hari sukan negara Malaysia.. yeahhh!!! 
9 oktober 2015 pukul 3.30 ptg hingga 6.30 ptg akan diadakan senamrobik terbuka bagi seluruh warga UKM di Stadium Utama UKM. Moh laaa kito ramai ramai pergi senamrobik kat stadium sempena persediaan nak sambut hari sukan negara pd keesokan harinya tu. hehehhhee. aku pulak memang kne g stadium esok sbb ada kelas citra asas olahraga. ngeh3x.. emmmm. alang alang esok mesti coach bagi kitaorg senamrobik gak esok... coach nya hansem lagi baik orangnyaaa.. 

okay then.. nak cter tarikh 10 okt ni.. dari lahir hingga kini.. nothing special on the date of 10 oktober for every year. mungkin lah kan.... mungkin ke hadapan nanti aku beminat nak amik tarikh 10 okt ni jadi tarikh nikah aku ke. tarikh sanding aku ke ataupun tarikh kenduri kahwin. hihihihi.. lambat lagii wehhh.. *over ttba ckp pasal kahwin*

hahahahha. okayy. i'm done with this topic. mungkin ke depan aku ada banyak idea atau memori yg best yang boleh nak share. in sha Allah nantikan sambungannya. hehhe.

xoxo. Assalamualaikum. :):






SHORT VACAY JPP KMKN DI LANGKAWI :)

Assalamualaikum saudara/i semua... minggu yang penuh dengan aktiviti di kolej.dengan jerebu nya kan.. jaga kesihatan yaa. aku pon dah mula batuk-batuk dan pening kepala . boleh kata satu set dah ni masalah kesihatan nya... huhu. takpee. doktor pesan minum air banyak-banyak dan makan ubat sampai habis.even sakit ni pon. assignment still kene buat dan hantar. kene study and cover balik apa yang dah ketinggalan.

this time nak share pasal trip JPP KMKN ke PULAU LANGKAWI. :) pengalaman yang menarik untuk dikongsikan bersama.. takpe. kali ni aku bagi short and simple je. selit-selit gambar sikit. okay laa kan. hehe.

trip ni kami(JPP) pergi time weekend jugak. sbb weekdays full dengan kelas. biasa laa tu kan. takkan nak skip kelas pulak. rugi . hari ni pun rasa rugi sangat tak masuk kelas. kalau larat tadi dah pergi dah sbb kelas hari ni kelas sir azzwan. best dan fun . 

okay next. hari jumaat lepas budak laki solat jumaat kami gerak ke jeti kuala kedah. kami dok kuala nerang jaa pon . takdelah jauh mana nak p situ. hahahaha. bila dah sampai jeti kami tunggu cikgu uruskan tiket feri . lama jugaklah tunggu feri sampai. solat asar dulu baru feri ada. total kami ada 18 rasanya tambah dua dengan cikgu laki dan perempuan. so 20 lah. 

dalam perjalanan 2 jam setengah rasanya. ya Allah.. duduk dalam feri tu rasa nak muntah. ombak kuat pulak. nak tidur pon tak senang. loyaaa je tekak. sempit pulak tu. haha. tp normal lah nama pon feri. nak besaq mana lagi. sampai jeti langkawi nak dekat maghrib jugak laa rasanya. dalam 6.30 sampai sana. tunggu kereta dan van sewa cikgu n budak laki yang boleh drive p ambik. then, dorang pick up kami kat jeti terus bawak g makan dulu. lepas makan baru p check in homestay. malam tu free lah atau aktiviti bebas cikgu dah izinkan. apa lagi.. kan masing2 ada kesen and boleh drive termasuk aku. kami infom cikgu kata nak keluar then, cikgu bagi.. hehhe. excited. pastuh... dah siap siap semua . kami pon keluar. hajat di hati nak tengok wayang. tapi tiket dah habis. so kami pon pergi jalan jalan ke pantai chenang. nasiblaa member ada yan tahu jalan kt langkawi tu sbb selalu pergi. pusing punya pusing baru lah sampai. kat situ kami pisah boys and girls pergi shopping sbb laki tak tahan tunggu lama girls shopping. hahaha. padahal sama je lama tu. 11.30 mlm jumpa kt kereta. so kami pon jalan jalan kat situ cuci mata. tapi.... bosan sbb kedai banyak dah tutup. gelap plak tu. seram pon ada...haha. lepas dah cuci mata kami pon balik pusing pusing sikit then sampai homestay pukul 1 pagi. hahaha. penat letih lesu mata kuyu semua ada. balik tu terus tidur sebab subuh nak kena bangun sbb program esoknya extreme sikit. pukul 7 lebih kami semua dah siap mandi solat then gerak ke SKYTREX, LANGKAWI. seriously sangat mencabar ketahanan fizikal. dah laa smlm tidur lambat. hahahha. skytrex kat langkawi ni baru bukak je. dy ada satu cawangan lagi kat shah alam tak silap aku. best and extreme. game dy mcm kt escape park jugak. ada flying fox bagai. aku okay je sbb aku mmg suka outdoor activities ni. hehehe. okayyy. so... done laa kut utk hari ni.. nantikan sambungan nya hokakyyy :) 

xoxo. Assalamualaikum.

Friday, October 2, 2015

MENTOR :)

Bismillahirrahmannirrahim...

this time, i would like to write or share about "mentor".
selalunya di insitut pengajian sama ada sekolah, matrik, politeknik, kolej politek MARA atau apa apa sahaja tempat belajar.. akan ada suatu program mentor-mentee . program ni tujuannya adalah untuk para pelajar atau murid dan guru merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di tempat belajar. selalunya mentor ni adalah para guru, pensyarah, atau ustaz dan ustazah yang dapat guide, tolong, atau bagi nasihat pada mentee mentee mereka sendiri(para pelajar). program ini akan ditentukan pembahagian mentor dan mentee berdasarkan keputusan pihak pentadbiran. selalunya seorang mentor akan pegang 5 orang mentee atau kurang..

by this program,, segala hal atau urusan akademik atau urusan di sekolah mahupun institut pengajian lain akan dirujuk kepada mentor masing masing untuk membantu para pelajar(mentee).
sebagai contoh.... mentor akan beri nasihat dan teguran kepada menteenya jika menteenya ada masalah dalam pelajaran. kadang kadang terpulang kepada mentor sendiri jika masalah lain di luar masalah pelajaran dapat dia memberi nasihat jugakk. ia bergantung pada situasi lah ye.

okay. cukup sampai situ.. bila masuk UKM ni.. kat sini pon sama ada program mentor mentee ni. first perjumpaan  bg pelajar tahun 1 ditentukan oleh pihak fakulti utk mentee mentee berjumpa dengan mentor masing masing. aku pulak terlepas pandang pd notis kt board fakulti. hahaha. tapi alhamdulillah ada lah kawan bagitahu yang kena jumpa selewatnya 30 sept arituh. so aku pun pergi laa jumpaaa mentor aku.

Nama mentor aku,, Dr. Rubayah . orangnya cantik, lemah lembut, dan penyayang.. tu first impression aku lah. hehe. Dr sangat baik.. masa aku pergi jumpa dia tu ,, dia beri nasihat kat aku serba sikit dan selalu tanya kalau kalau aku ada masalah tentang study.. she gave me some advice about life in university.. dia pesan suruh study betul2 dan sungguh2 .. ambik peluang bila dah masuk u ni belajar macam2 yang ada kat sini.bukan belajar pasal akademik je. ilmu ilmu lain pun kena belajar jugak. ilmu pengurusan masa kat u ni penting. kena berdikari dan buatkan mak ayah bangga dengan kejayaan kita semua. okayyy.. so.. thats it.. im done !!.

xoxo.

Assalamualaikum.. :)

Thursday, October 1, 2015

HANYA INSAN BIASA :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

First of all, hello october :) ..............
pejam celik pejam celik.. dah sebulan aku kat UKM ni. Best tau jadi budak u ni. takde orang kawal takde orang amik peduli. semuanya sendiri. dan dalam erti kata lain.... kita BEBAS. btw, masuk u ni boleh cuba macam macam yang tak pernah ada masa zaman sekolah rendah dulu, menengah and even kat matrik. yang mana kita tak boleh buat masa sekolah dan matrik tapi masuk je universiti kita boleh buat. takde sape nak halang hokay.. hahhha. :)

okay, post yang lepas aku tak cerita pasal diri aku terlebih dahulu sebab satu ikut tema dan satu lagi sbb aku rindu zaman matrik. hahahahha. memori lalu masih segar di ingatan .huhuhhuhu.
This time baru lah aku nak cerita pasal diri aku...........

Aku ni anak ke-3 dari enam adik beradik. ayah dah meninggal dua tahun lepas masa tahun SPM. umi pulak masih ada di samping keluarga dan bekerja sebagai pembantu am di Stadium Frenz United, Janda Baik Pahang.. haaa. skrg aku stay kat sini laaaa. kampung tercinta Janda Baik. emmmm. hahaaha. *cinta la sangat* okay then, aku lahir kat perlis tapi membesar kat kedah sampai aku tingkatan 2 dan pindah ke janda baik sampai laaa sekarang stay sini... adik beradik aku ada 5 org. kakak 2 adik laki 1 adik perempuan 2. kakak aku sorg dah kerja kat kl and hujung tahun ni nak kahwin dahhh. huhuhuuuhu. kakak no 2 masih belajar kat UPSI tanjung malim. adik laki stay asrama SMK Kuala Repas, Bentong tingkatan 1. yg lagi 2 tu skolah kat SK Janda Baik . sorang UPSR sorang lagi darjah 3 tahun ni. tulah alkisah adik beradik. hahahaha. 

tempat aku study.. :
1. SK Dato Wan Mohd Saman, Kedah
2. SMK Convent Alor Setar, Kedah
3. SMK Sulaiman, Bentong, Pahang (PMR,SPM)
4. Kolej Mara Kuala Nerang (MATRIK AKAUN)
5. UKM (now)

Aku ni orang yang biasa biasa saja. dari kecik aku di ajar untuk seimbangkan akademik dan sukan. aku ni mmg suka bersukan. tapi pelajaran pon alhamdulillah sentiasa mantain baik. hidup aku sentiasa ada sukan. tak boleh tinggal sbb dah jadi sebati dalam hidup. aku jenis orang yang suka belajar sesuatu dari pengalaman. dalam hidup ni, kita kena hadap pelbagai jenis manusia, masalah,suka, duka dan macam macam lagi. so far, alhamdulillah pengalaman baik atau buruk selalu mengajar aku tentang suatu kehidupan sebenar. orang selalu cakap, muka dan gaya hidup aku tak menggambarkan umur aku yang sekarang. aku dari kecik dah di ajar utk berdikari. dengan bersukan saja... aku dah travel merata tinggal parents. tapi travel dalam Malaysia je lah. ahahhaaha. sabah sarawak belum pernah sampai. hat semenanjung in sha Allah pernah jejak dah semua. dari kecik dah biasa jauh dengan parents. so bukan anak manja lah. hahahha. umi ayah pun harapkan aku dan sentiasa lepaskan aku utk aku belajar erti hidup ni. tengok dunia luar ni macam mana. im so proud of you ayah dan umi. even risau aku pergi jauh jauh tapi tak pernah halang utk aku buat apa yang aku nak. buat benda yang baik baik laa kan. hhehehee. aku ni boleh laa nak kata peramah. aku tak kisah pun nak tegur tegur orang baru ni. nak berkenalan kan. mesti laa kena tegur. tak payah nak ego sangat nak tunggu orang tegur diri kita. tak salah pun kalau kita yag mula dulu. aku suka berkawan dengan semua orang tapi......... utk aku percaya orang agak sukar. even kau bestfriend aku. tak fully 100% aku percaya kau serius. memang aku suka berkawan tapi aku selalu berhati hati dalam pilih kawan. 
jangan kata senang ehh nak cari kawan.. susah.. ada yg baik tapi at last tikam belakang pijak kepala kita. hati hati lah ye pilih kawan. aku mudah mesra dengan orang. tapi kadang kadang aku boleh jadi seorang pendiam dan seorang yang sangat garang. hahahahha. selalunya family laa yg tahu garang aku cemana. org luar atau kawan ni jarang sikit keluar kemarahan tu sbb masih dalam kawalan. mesti lah kita garang bertempat kan. aku jenis tak kisah kalau kau nak kawan ngn aku, kau kawan. taknak sudah... its okayy. nak kutuk aku? TERSERAH. TAK KISAH. hhahahaa. aku ni bukannya alim ulamak bukan ustazah... tapi... syariat Allah tetap aku ikut. yang Allah suruh aku buat, yang Allah larang aku tinggalkan. aku bukan sempurna. ada jugak buat salah itu dan ini. 

okay.... rasanya cukuplah kut ataupun TERlebih cukup dah ni tentang diri aku. 
#akuhanyawanitabiasa hahaha. bagi hashtag sikit.

Done !!! xoxo.. :) 

Assalamualaikum..