Thursday, October 8, 2015

SHORT VACAY JPP KMKN DI LANGKAWI :)

Assalamualaikum saudara/i semua... minggu yang penuh dengan aktiviti di kolej.dengan jerebu nya kan.. jaga kesihatan yaa. aku pon dah mula batuk-batuk dan pening kepala . boleh kata satu set dah ni masalah kesihatan nya... huhu. takpee. doktor pesan minum air banyak-banyak dan makan ubat sampai habis.even sakit ni pon. assignment still kene buat dan hantar. kene study and cover balik apa yang dah ketinggalan.

this time nak share pasal trip JPP KMKN ke PULAU LANGKAWI. :) pengalaman yang menarik untuk dikongsikan bersama.. takpe. kali ni aku bagi short and simple je. selit-selit gambar sikit. okay laa kan. hehe.

trip ni kami(JPP) pergi time weekend jugak. sbb weekdays full dengan kelas. biasa laa tu kan. takkan nak skip kelas pulak. rugi . hari ni pun rasa rugi sangat tak masuk kelas. kalau larat tadi dah pergi dah sbb kelas hari ni kelas sir azzwan. best dan fun . 

okay next. hari jumaat lepas budak laki solat jumaat kami gerak ke jeti kuala kedah. kami dok kuala nerang jaa pon . takdelah jauh mana nak p situ. hahahaha. bila dah sampai jeti kami tunggu cikgu uruskan tiket feri . lama jugaklah tunggu feri sampai. solat asar dulu baru feri ada. total kami ada 18 rasanya tambah dua dengan cikgu laki dan perempuan. so 20 lah. 

dalam perjalanan 2 jam setengah rasanya. ya Allah.. duduk dalam feri tu rasa nak muntah. ombak kuat pulak. nak tidur pon tak senang. loyaaa je tekak. sempit pulak tu. haha. tp normal lah nama pon feri. nak besaq mana lagi. sampai jeti langkawi nak dekat maghrib jugak laa rasanya. dalam 6.30 sampai sana. tunggu kereta dan van sewa cikgu n budak laki yang boleh drive p ambik. then, dorang pick up kami kat jeti terus bawak g makan dulu. lepas makan baru p check in homestay. malam tu free lah atau aktiviti bebas cikgu dah izinkan. apa lagi.. kan masing2 ada kesen and boleh drive termasuk aku. kami infom cikgu kata nak keluar then, cikgu bagi.. hehhe. excited. pastuh... dah siap siap semua . kami pon keluar. hajat di hati nak tengok wayang. tapi tiket dah habis. so kami pon pergi jalan jalan ke pantai chenang. nasiblaa member ada yan tahu jalan kt langkawi tu sbb selalu pergi. pusing punya pusing baru lah sampai. kat situ kami pisah boys and girls pergi shopping sbb laki tak tahan tunggu lama girls shopping. hahaha. padahal sama je lama tu. 11.30 mlm jumpa kt kereta. so kami pon jalan jalan kat situ cuci mata. tapi.... bosan sbb kedai banyak dah tutup. gelap plak tu. seram pon ada...haha. lepas dah cuci mata kami pon balik pusing pusing sikit then sampai homestay pukul 1 pagi. hahaha. penat letih lesu mata kuyu semua ada. balik tu terus tidur sebab subuh nak kena bangun sbb program esoknya extreme sikit. pukul 7 lebih kami semua dah siap mandi solat then gerak ke SKYTREX, LANGKAWI. seriously sangat mencabar ketahanan fizikal. dah laa smlm tidur lambat. hahahha. skytrex kat langkawi ni baru bukak je. dy ada satu cawangan lagi kat shah alam tak silap aku. best and extreme. game dy mcm kt escape park jugak. ada flying fox bagai. aku okay je sbb aku mmg suka outdoor activities ni. hehehe. okayyy. so... done laa kut utk hari ni.. nantikan sambungan nya hokakyyy :) 

xoxo. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment