Thursday, October 1, 2015

HANYA INSAN BIASA :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

First of all, hello october :) ..............
pejam celik pejam celik.. dah sebulan aku kat UKM ni. Best tau jadi budak u ni. takde orang kawal takde orang amik peduli. semuanya sendiri. dan dalam erti kata lain.... kita BEBAS. btw, masuk u ni boleh cuba macam macam yang tak pernah ada masa zaman sekolah rendah dulu, menengah and even kat matrik. yang mana kita tak boleh buat masa sekolah dan matrik tapi masuk je universiti kita boleh buat. takde sape nak halang hokay.. hahhha. :)

okay, post yang lepas aku tak cerita pasal diri aku terlebih dahulu sebab satu ikut tema dan satu lagi sbb aku rindu zaman matrik. hahahahha. memori lalu masih segar di ingatan .huhuhhuhu.
This time baru lah aku nak cerita pasal diri aku...........

Aku ni anak ke-3 dari enam adik beradik. ayah dah meninggal dua tahun lepas masa tahun SPM. umi pulak masih ada di samping keluarga dan bekerja sebagai pembantu am di Stadium Frenz United, Janda Baik Pahang.. haaa. skrg aku stay kat sini laaaa. kampung tercinta Janda Baik. emmmm. hahaaha. *cinta la sangat* okay then, aku lahir kat perlis tapi membesar kat kedah sampai aku tingkatan 2 dan pindah ke janda baik sampai laaa sekarang stay sini... adik beradik aku ada 5 org. kakak 2 adik laki 1 adik perempuan 2. kakak aku sorg dah kerja kat kl and hujung tahun ni nak kahwin dahhh. huhuhuuuhu. kakak no 2 masih belajar kat UPSI tanjung malim. adik laki stay asrama SMK Kuala Repas, Bentong tingkatan 1. yg lagi 2 tu skolah kat SK Janda Baik . sorang UPSR sorang lagi darjah 3 tahun ni. tulah alkisah adik beradik. hahahaha. 

tempat aku study.. :
1. SK Dato Wan Mohd Saman, Kedah
2. SMK Convent Alor Setar, Kedah
3. SMK Sulaiman, Bentong, Pahang (PMR,SPM)
4. Kolej Mara Kuala Nerang (MATRIK AKAUN)
5. UKM (now)

Aku ni orang yang biasa biasa saja. dari kecik aku di ajar untuk seimbangkan akademik dan sukan. aku ni mmg suka bersukan. tapi pelajaran pon alhamdulillah sentiasa mantain baik. hidup aku sentiasa ada sukan. tak boleh tinggal sbb dah jadi sebati dalam hidup. aku jenis orang yang suka belajar sesuatu dari pengalaman. dalam hidup ni, kita kena hadap pelbagai jenis manusia, masalah,suka, duka dan macam macam lagi. so far, alhamdulillah pengalaman baik atau buruk selalu mengajar aku tentang suatu kehidupan sebenar. orang selalu cakap, muka dan gaya hidup aku tak menggambarkan umur aku yang sekarang. aku dari kecik dah di ajar utk berdikari. dengan bersukan saja... aku dah travel merata tinggal parents. tapi travel dalam Malaysia je lah. ahahhaaha. sabah sarawak belum pernah sampai. hat semenanjung in sha Allah pernah jejak dah semua. dari kecik dah biasa jauh dengan parents. so bukan anak manja lah. hahahha. umi ayah pun harapkan aku dan sentiasa lepaskan aku utk aku belajar erti hidup ni. tengok dunia luar ni macam mana. im so proud of you ayah dan umi. even risau aku pergi jauh jauh tapi tak pernah halang utk aku buat apa yang aku nak. buat benda yang baik baik laa kan. hhehehee. aku ni boleh laa nak kata peramah. aku tak kisah pun nak tegur tegur orang baru ni. nak berkenalan kan. mesti laa kena tegur. tak payah nak ego sangat nak tunggu orang tegur diri kita. tak salah pun kalau kita yag mula dulu. aku suka berkawan dengan semua orang tapi......... utk aku percaya orang agak sukar. even kau bestfriend aku. tak fully 100% aku percaya kau serius. memang aku suka berkawan tapi aku selalu berhati hati dalam pilih kawan. 
jangan kata senang ehh nak cari kawan.. susah.. ada yg baik tapi at last tikam belakang pijak kepala kita. hati hati lah ye pilih kawan. aku mudah mesra dengan orang. tapi kadang kadang aku boleh jadi seorang pendiam dan seorang yang sangat garang. hahahahha. selalunya family laa yg tahu garang aku cemana. org luar atau kawan ni jarang sikit keluar kemarahan tu sbb masih dalam kawalan. mesti lah kita garang bertempat kan. aku jenis tak kisah kalau kau nak kawan ngn aku, kau kawan. taknak sudah... its okayy. nak kutuk aku? TERSERAH. TAK KISAH. hhahahaa. aku ni bukannya alim ulamak bukan ustazah... tapi... syariat Allah tetap aku ikut. yang Allah suruh aku buat, yang Allah larang aku tinggalkan. aku bukan sempurna. ada jugak buat salah itu dan ini. 

okay.... rasanya cukuplah kut ataupun TERlebih cukup dah ni tentang diri aku. 
#akuhanyawanitabiasa hahaha. bagi hashtag sikit.

Done !!! xoxo.. :) 

Assalamualaikum.. 






No comments:

Post a Comment