Hari ini aku nak bercerita tentang roomates. hihi.
Aku masuk sekolah menengah berasrama masa aku tingkatan tiga. tingkatan 1 dan 2 aku sekolah harian biasa di Kedah. Awal tingkatan 3 family aku pindah ke negeri Pahang. sejak dari itulah aku mula menapak ke SMK Sulaiman di mana bermulalah hidup aku sebagai pelajar sekolah tu dan penghuni asramanya. emmm. best duduk asrama ni sebab kita stay dengan kawan kawan yang muda, sebaya, dan tua sikit dari kita. kita akan mudah bergaul dengan kawan kawan sebab family duduk jauh kan. ukhuwah itu lebih rapat. hihi.
Al kisah roomates ni.. masa di asrama sekolah roomates ramai sebab bilik besar. satu bilik boleh muatkan 8 penghuni asrama. so i have 8 roomates. mula mula masuk tu macam kekok laa jugak sebab kita dikecam sebagai budak baru kan. macam nerd je. haha. tapi lama kelamaan kita akan rasa seronok bila roomates pon dah sehaluan dengan kita, nangis sama sama gelak sama sama stress sama sama.. bila belajar kat pahang.. jadinya semua roomates backgrond nya memang pahang. aku je dari kedah. always kena suruh cakap hang hang sebab mereka suka dengar bahasa utara. apa yang best nya pun entah.
Bila dah masuk matrik, roomates pon berkuranglah jumlahnya iaitu seorang sahaja disebabkan bilik hanya muat untuk dua penghuni. first time dapat roomates orang kelantan jadinya first impression aku,, risau kalau kalau tak paham nanti dia cakap apa. but alhamdulillah, my roomate si too awesome, sebab bahasa dia takdelah terlalu pekat dan mudah untuk aku faham. setahun stay dengan dia boleh laa aku paham bahasa kelantan sikit sikit. nak kecek tu dok berapo reti lah. hehe. dia baik dan penyayang. selalu balik ke kmkn dari kelantan bawakan keropok lekor untuk saya. emm. so yummy. delicious. rindu pulak kat dia. setahu aku sekarang dia belajar kat shah alam . nanti ada masa aku nak pergi melawat dia. in sha ALLAH.
After masuk universiti pulak,, ada lagi roomate baru of course lah kan. this time roomate saya orang sarawak. hehe. tapi okay je sebab dia bercakap dengan saya bahasa biasa. cuma kadang kadang ada laa dengar dia sembang dengan kakak dia guna bahasa sarawak. seronok dengar, nanti aku nak belajar dengan dia bahasa sarawak. mana tahu nanti ada rezeki ke sarawak . hehe. in sha ALLAH kalau Allah mengizinkan.
N A Z I H A H S A F U A N
