Assalamualaikum w.b.t
kenapa 5 disember 2015??
kali ni aku saja tulis pasal tarikh tu. tarikh tu juga salah satu tarikh besar dalam hidup kami Safuan's family. pada tanggal 5 disember-sabtu nanti, kakak sulung aku Nadia Syahirah akan menamatkan zaman bujang dia. hehe. aku tumpang excited. semua dalam keluarga kami happy terutama umi sebab nak dapat menantu dah. hihihi. i pon dapat abg ipar baru uoolss. hehehe. merasa laa ada abg pulak. sebelum ni takda abang. hahahaa. abg special pon belum ada. acewahhh. hahaha. terlebih pulak.
persiapan so far... 80% done.! tinggal umi nak keluar shopping barang2 dapur nanti sedara mara datang tidur rumah. akak punya wedding ni alaa2 garden wedding laa konon. hahhaha. tema dia warna hijau. segala jenis hijau boleh. disebabkan kami adik beradik takda ayah, so kami bantu laa sesama sendiri dan kami jugalah kongsi kekuatan antara kami. nanti kak nadia takde raya mesti sunyi.. hmmmmm. ttba sedih. hahaha. gembira dalam sedih sebenarnya.masa hari kejadian aku tak pasti umi boleh kuat ke tak sebab tiada suami sebagai penguat di sisi, cuma ada anak anak dan adik beradik nya je. in sha Allah kita kuat sama sama ya umi?? aamiin. hmmmm. emo laa plak duk menulis blog ni. ahakkkss. sedih sbb org kuat dalam rumah takde utk sama sama share kegembiraan ni. siapa tak happy kan bila dua keluarga besar dah bersatu jadi makin besar. mohon tabah ye semua. fighting !! selagi aku hidup aku akan tolong semampu aku untuk gembirakan keluarga ini dan menjadi tunjang kekuatan. sebab aku secara fizikalnya sangat mirip dgn ayah, cuma aku perempuan. tu je beza dengan ayah.. rindunyaaa ya Allah. hmmmm. umi pernah kata, bila tengok muka aku sekali imbas mmg sebiji macam ayah. satu lagi jugak bila masa aku tidur, umi kata style nya sama. hmmmm. semoga Allah sentiasa memberi kami kekuatan. in sha Allah.....
countdown to 5 disember 2015 guysss,.hehe.
xoxo. done ! assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment