Saturday, November 21, 2015

EMOSI

Assalamualaikum semua. tough week again. 

Minggu yang penuh dengan emosi. Allahu.. 
Seminggu ni,, semua orang beremosi tinggi. hmmmm. aku?? aku yang tak beremosi pun jadi turut beremosi. bertabahlah wahai semua saudara saudari wahai penduduk bumi.. 

Emosi itu adalah fitrah bagi setiap manusia di muka bumi ini malah haiwan juga punya emosi. emosi kita bercampur baur dari semasa ke semasa.. semua orang berbeza emosinya dan juga caranya mengawal emosi tersebut. Lelaki dan perempuan sama sama punya emosi. ada kala kita marah, ada kala kita senyum, ketawa, menangis, meraung, dukacita, bersedih dan sebagainya.. 

Adalah kita sebagai manusia mempunyai akal fikiran masing masing yang cukup dikurniakan oleh Pencipta alam, ALLAH swt yang Maha Kuasa. oleh itu kita mampu berfikir bagaimana caranya untuk kita mengawal emosi kita sendiri. 

Kita semua manusia yang tidak sempurna yang sering kali melakukan kesilapan . Cara aku mengawal emosi aku ketika marah adalah dengan berdiam. aku tak seperti orang lain yang punya cara tersendiri.. setiap manusia ada caranya mengikut kesesuaian  dan keselesaan masing masing, ada orang yang suka bercerita tentang amarah nya kepada orang yang dia percayai. ada orang yang terus keluarkan amarah nya melalui reaksi atau percakapannya. itu terserah. masing masing punya cara. tapi bagi aku.. aku lebih selesa untuk diamkan diri. sebab aku takut bila aku marah aku akan menengking dan meninggikan suara seperti yang tak sepatutnya aku buat. aku juga manusia ... marah aku memang dahsyat jugak . haha. sebab tu aku suka diam. sebab dari situ marah aku akan perlahan lahan reda. dan satu lagi yang peliknya,, bila aku marah tu air mata aku akan keluar sebab yang sebenarnya aku tak sampai hati pon nak marah tapi nak buat macam mana dah terkeluar dan tak terkawal kan. nasiblah. emmmm. jiwa aku pon sensitif. huhu. dan lebih baiknya juga aku mengawal emosi marah atau sedih dengan menangis sehingga tidur. lepas bangun dari tidur, fikiran aku dah kosong tentang hal sebelumnya itu.

dah habiss..

Assalamualaikum.

n a z i h a h s a f u a n

No comments:

Post a Comment