Tuesday, December 22, 2015

EPILOG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Alhamdulillah, semester satu aku untuk tahun pertama di UKM ni dah sampai ke penghujungnya. 

Epilog didefinisikan sebagai bahagian penutup pada karya sastera yang fungsinya menyampaikan isi cerita atau menafsirkan maksud karya itu oleh seorang penulis dalam suatu karya sastera pada akhir cerita.
 Pada kelas yang terakhir aplikasi komputer aku tak dapat hadir sebab aku masih dalam perjalanan balik ke Ukm. by minggu tu aku ponteng dua kelas, makroekonomi dan aplikasi komputer. aku nak hadirkan diri untuk kelas dan kuliah yang terakhir bagi sem ni tapi aku tak mampu nak tolak permintaan umi yang mengharapkan aku untuk drive balik ke pahang dari kedah.. susah aku nak tolak permintaan umi sebab aku juga risau keadaan umi nak drive balik ke pahang seorang memandu tanpa bergilir. jadi aku buat keputusan untuk drive kan umi dan adik balik ke rumah dahulu dan barulah aku balik ke ukm. bila tengok masing masing update gambar kat dalam fon kelas terakhir dengan lecturer... sumpah jeles. hmmm. terpaksa aku relakan. 

Permulaan aku buat blog ni adalah daripada pembelajaran aku tentang aplikasi komputer. lecturer aku yang suruh buat blog ni sebagai salah satu tugasan kami. sejujurnya aku tak pernah rasa terbeban untuk setiap tugasan yang dia beri tapi mungkin ada laa beberapa keluhan tapi aku selalu laa pesan dan muhasabah diri aku yang dia bagi tugasan tu untuk kita belajar. and now, im very thankful to you my lecturer sebab dah bagi seberapa banyak ilmu kepada kami semua. penulisan blog ni aku sememangnya suka sebab ia menjadi salah satu tempat untuk aku cerita atau kongsi kisah hidup aku. aku bukannya nak raih perhatian orang pun tapi aku suka menulis apa yang ada dalam fikiran aku. banyak ilmu komputeran yang aku dapat sepanjang aku hadir kelas ni. daripada aku buta komputer sekarang aku dah tahu nak guna serba sikit benda benda dalam laptop ni. memang takda pensyarah yg ingat nama setiap pelajar dia tapi dia ingat satu satu. as a student kalau lecturer kau ingat nama kau mestilah kau rasa macam dihargai kan. just like me. aku bersyukur aku dapat seorang pensyarah macam ni yang juga paham keadaan pelajar pelajar dia. sir selalu bagi tips tips bila kat universiti dan apa yang dia kata tu ada gunanya untuk kami semua. memang ada dia marah dalam kelas tapi wajarlah kan, mana ada orang yang tak marah. im having fun along this classes . thanks a lot sir. 

N A Z I H A H S A F U A N


PROLOG

ASSALAMUALAIKUM.. 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 

Bahagian cerita yang ditulis pengarang pada awal cerita. Pada dasarnya prolog merupakan pengantar cerita yang dapat berisi satu atau beberapa keterangan atau pendapat pengarang tentang cerita yang akan dikeluarkan.

Sebagai permulaan cerita.. kisah awal kelas aplikasi komputer bagi sem satu aku. pada mulanya aku masuk UKM. aku kena daftar subjek yang aku belajar untuk sem 1 ni. lepas daftar tu sistem ifolio kt UKM ni problem sikit jadi kelas aplikasi aku pada mulanya bertindih dengan kelas akaun aku. jadi minggu pertama aku tu aku masuk lewat kelas aplikasi komputer sebab aku pergi kelas akaun dulu tp takda lecturer jadi aku terus ke kelas aplikasi komputer. kali pertama aku jumpa pensyarah aku tak kenal dia macam mana so aku tidak menilai. yang aku tahu dia muda lagi. hahahaha. lawakk laa jugak bila ingat balik. baru masuk kan mestilah kita macam takut - takut kan.tambah aku pula perempuan dan tak banyak cakap.emmm. aku memang tak banyak cakap pun. hahaha. tapi disebabkan sistem masih lagi masalah jadi ahli kelas tu masih tak tetap. ada yang tambah gugur subjek lagi masa tu. kenal orang pun tak . kesian aku, hahhaa. tapi lama lama kami baru kenal sesama kami . dan setiap minggu seterusnya aku barulah paham sir macam mana. nak terang pon tak tahu macam mana tapi best lah kelas sir dan tak pernah menyesal pon masuk kelas dia. awal awal ada jugak dia pesan siapa tak tahan boleh gugur kelas dia cari kelas lain sebab kelas dia banyak syarat. tapi aku just nak stay dalam kelas dia sebab aku seronok tak ngantuk dan kelas dia tak bosan. aku tak suka kalau masuk kelas lecturer baca slide dan lama lama aku pun ngantuk and tak paham. hahaha. Ni permulaan cerita untuk kelas. sambungannya tengok di epilog ye, byee.

N A Z I H A H S A F U A N

Friday, December 18, 2015

CINTA MONYET


CINTA MONYET.


Siapa je tidak pernah ada rasa sayang atau cinta pada seseorang.. itu dah memang lumrah ALLAH swt bagi pada manusia dan juga haiwan.. marilah kita berkasih sayang sesame kita.. J

Cinta monyet ni cinta pada zaman kita tak matang.. aku rasa semua orang pernah dan akan lalui benda ni. Tak tahu laa kalau ada orang yang terkecuali kann. Wallahualam.. tapi nak cerita pasal cinta monyet ni sebenarnya kelakar.. aku juga tak terkecuali pernah rasa berada dalam keadaan cinta monyet ni. Haahhhahaah. Kalau nak story rasa macam budak budak sangat.. tapi tajuk ni bermain kat fikiran aku sebab ada kawan aku masa sekolah rendah ada contact aku balik dan ungkit kisah lama dulu dulu dan ajak aku bercerita balik zaman muda muda. Kahkahkah..

Oh btw,, jangan salah sangka pulak. Dia bestfriend aku waktu kecik jaa. Sekarang sudah kawan macam biasa.. huhu. No feeling feeling.. memang laa dia lelaki tapi waktu kecik nak kisah apa. Hahaaha. Lepas pindah dari kedah aku jadi rindu sangat sangat suasana kat sana. Dan time balik kedah arituh semuanya dah lain.. banyak jugak perubahan kat rumah aku dulu. Kalau tak lawat masuk dalam tu.. memang takkan kenal taman tu. Banyak sangat memori tercipta kat situ.. haishh. Boleh nangis kalau ingat kisah lama lama ni…

Kenangan yang takkan pernah padam dalam ingatan aku..

N A Z I H A H S A F U A N

INTERAKSI MT






ASSALAMUALAIKUM.. HEHE.

Haaa. Apa khabar semuaa. Hehehe. Belanja sikit gambar campak belakang masa interaksi sekreteriat majlis tertinggi KUO .. Singkatannya “MT”..

Ni lah sebahagian keluarga aku kat UKM. Hehehe. Selalu orang akan anggap yang jadi MT ni orang yang hebat hebat yang boleh memimpin dan berbakat besar.. tapi aku nak cerita kat sini aku Cuma nak bagitahu betul atau salah persepsi orang tentang family aku yang satu ni. MT ni sebenarnya bukan untuk oarng yang memimpin je macam orang duk cakap tu.. MT ni adalah salah satu tempat untuk kau belajar bekerja dalam organisasi di tahap atau pangkat yang tinggi.. tak kisah sangat pasal pangkat semua tu. Yang pentingnya kau kena yakin dan pandai bekerjasama dalam sebuah organisasi. Yang tak reti atau takut takut pun boleh masuk untuk kita sama sama belajar dari satu sama lain.. tak semua orang perfect sayangg.  Semua orang yang Berjaya belajar dari kesilapan Cuma kalau dah salah tu janganlah diulang kesilapan tu… hihiihih.

Interaksi ni adalah program pertama yang pelajar tahun pertama MT buat untuk merapatkan hubungan silaturahim antara junior dan juga senior. Memang pening kepala jugak sampai stress nak fikir lepas satu masalah satu masalah datang.. tapi Alhamdulillah kami dah Berjaya tamatkan interaksi ni dengan baik sekali.. terima kasih juga pada yang dah bagi komitmen dan kerjasama yang baik.. 

Interaksi MT tinggal kenangan..huhu..

KAWAN ATAU SAHABAT

Assalamualaikum semua..

Aku kembali selepas penat lelah sama sama meriahkan wedding kakak dan abang ipar aku.
Sebelah perempuan di Janda Baik sebelah lelaki di Kuala Kedah.. akhirnya semua berakhir..
Alhamdulillah. !

Kali ni aku nak story pasal kawan.. guys. Kawan ni bersepah.. kat mana mana kita boleh cari kawan. Baik atau buruk perangai tu depends atas diri kita pandai pilih ke tak. Kawan atau sahabat dalam hidup kita ni akan datang dan pergi tak putus putus macam air yang sentiasa mengalir… nak gelarkan dia kawan baik kita atau sahabat karib tu susah sebab dia bukannya akan ada sentiasa dengan kita. Malah parents yang dekat dengan kita pun kita tinggal sebab nak sambung study tempat jauh jauh.. memang kita boleh sama sama janji akan kawan sampai akhir hayat tapi ingatlah semua…. yang kawan takkan selalu ada dengan kita.. dia pun ada life dia sendiri.. tahu siapa yang selalu ada dengan kita??
Yang selalu ada di sisi kita tanpa pernah jemu even kita berpaling dari dia adalah ALLAH swt..
Dialah yang selalu memaafkan kita bila kita buat apa yang Dia larang.. kawan kawan.. Allah sahaja yang tak pernah nak sisihkan kita even kita selalu tak ingat kat dia..

Kawan ni memang kadang kala ada time kita susah dan senang tapi tak sepenuh masa.. kawan sekolah rendah kita tinggal bila masuk sekolah menengah.. masuk matrik tinggal pulak kawan sekolah menengah tu.. masuk university jumpa lagi kawan baru.. sedar tak sedar sepanjang hayat kita ni dah beribu kawan kita kenal… jangan terlalu pilih kawan.. boleh memilih tapi lebih baiknya kalau kita berkawan dengan semua orang .. boleh nak kawan dengan orang jahat tapi jangan lah kita ikut dia jadi jahat tapi kita ubah dia atau ajak dia jadi baik.. dengan siapa kita berkawan tu menunjukkan siapa diri kita.. janganlah kita nak pandang serong kat bekas banduan contohnya… mana tahu lepas keluar penjara dia punya sikap jauh lebih baik dari kitaa. Siapa tahu…

J Hanya ALLAH swt yang tahu..

N A Z I H A H S A F U A N

Thursday, December 17, 2015

NEED

ASSALAMUALAIKUM..

"NEED"

Aku pilih "need" untuk akronim nama aku.. hehe.

okayy. mesti lah semua nak tahu kenapa aku pilih "need" kan.. okay. meh sini aku bagitahu sebab sebabnya. aku pilih need ni sebab aku suka dengan maksudnya iaitu "keperluan". dalam hidup ni kawan kawan,, semua benda hidup memerlukan keperluan yang sempurna untuk hidup. tambah tambah kalau keperluan asas seperti makan, minum, tempat tinggal, dan juga pakaian memang sangat penting dalam kehidupan.

so far,, dalam hidup ni kita perlu macam macam terutamanya bila kita nak penuhi kehendak hati dan diri kita sendiri. sebagai contoh.. manusia ni suka ikut orang lain tu yang terpengaruh tu.. nak macam macam tapi takda duit sebab keluarga pon keluarga sederhana.. awak awak.. nak ikut orang tu berpada lah sebab ada yang mampu ada yang tak mampu. lagi satu.. buat apa nak ikut orang.. follow je hidup sendiri,, tentukan sendiri kita nak hidup kita ke arah yang macam mana. lets decide our own life. tak payah nak terkejar kejar follow orang. Allah dah tentukan baik punya jalan hidup setiap individu kat muka bumi ALLAH ni.. terbaikkk.

one more thing,, jadi manusia ni kita kena banyak bersyukur pada Allah. setiap detik waktu Allah tak pernah berkira dengan kita dengan bagi kita nyawa dan boleh bernafas untuk hirup udara segar kat bumi ni. mak ayah awak penat lelah cari tempat tinggal yang selesa utk awak contonya utk membesarkan awak tapi awak tak bersyukur malah merungut rumahnya panas takde aircond.. itukah cara awak hargai pengorabanan mereka?? tepuk dada tanya hati okay?? banyak mana dah awak merungut pada parents bukannya nak ucap terima kasih. emmm. manusia..

done !!

N A Z I H A H S A F U A N

Wednesday, December 2, 2015

WASIAT AYAH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Kali ni nak story pasal "wasiat ayah".

actually takde apa pon dengan tema kali ni, biasa biasa je, takde sedih sedih hokayy. huhu

Cuma penulisan kali ini aku teringat umi pernah cerita kat aku pasal wasiat ayah ni. memang dia takde tulis atas kertas pasal wasiatnya tapi... ayah pass kan wasiat dia pada seorang hamba Allah ni untuk dia sampaikan pada umi. 

cerita dia begini... hamba Allah ni datang rumah dan kata nak jumpa umi. dia beritahu umi tentang mimpi dia semalam dan segala apa yang ayah nak sampaikan pada umi dan kami adik beradik..
ayah bagitahu dan pesan pada umi untuk jaga anak anak dengan baik, besarkan kami dengan baik dan jaga diri sebaiknya dan in sha Allah 'abang' tunggu di sana. ayah beritahu dia duduk di tempat yang baik baik dan menunggu kami semua kat sana. hmmmm.. Ayah juga pesan pada kami sebagai kakak ni untuk jaga umi dan adik baik baik.. gunakan segala ilmu yang ayah ajar pada kamu semua masa sepanjang ayah ada. didik lah adik adik kamu sebagaimana ayah mendidik kamu semua. ayah kata kadang kadang dalam kita menasihat ni kita da banyak cara, ikut keadaan, guna ketegasan dan juga kelembutan dalam menasihat. in sha Allah. ayah juga pesan kat kami as kakak ni jaga aurat masing masing dan jangan terlalu ikut kehendak hati perlu tolerate ikut keadaan . kena pandai pikir mana baik mana buruk. jangan tergoda dengan hasutan syaitan. jaga solat lima waktu dan rajin baca al-Quran pada waktu maghrib setiap hari. ajar adik adik mengaji macam mana ayah pernah ajar kamu dulu. jadilah anak yang soleh dan solehah dan sentiasalah mendoakan ayah di sana. ayah sentiasa menunggu doa dari kamu semua kerana kamulah 'HARTA' yang ayah ada di dunia dan di akhirat. 

segala wasiat itu ayah sampaikan melalui hamba Allah tu.maaf jika penulisan agak mengusik jiwa. itu sahaja untuk kali ini. 

TERIMA KASIH

N A Z I H A H S A F U A N

221115

Bismillahirrahmanirrahim. semoga ALLAH memberkati hidup kita semua pada hari ini.

Kali ini aku nak throwback sikit pasal explorace Xtreme-c 2 minggu lepas.
Macam biasa explorace memang lah memenatkan tapi ia bagus untuk merapatkan hubungan antara siblings kami dalam kumpulan 6. #G64LIFE.............
Daripada tak kenal satu sama lain tapi bila ada explorace ni and work together so hubungan itu semakin rapat. ookayyy lupa nak cerita pasal kelab Xtreme-c ni dulu.. Kelab ni adalah salah satu kelab terunggul dan famous di Kolej Ungku Omar, UKM. Rata - rata budak kuo ni mesti tahu laa serba sikit pasal kelab ni. kat luar kolej im not sure. huhu.
So,,, minggu lepas ajk - ajk kelab buat explorace untuk student first year.. dan diagihkan kumpulan ikut siblings lah. and btw, kalau nak tahu siblings ni dalam kelab Xtreme-c ni adalah satu kumpulan kecil yang hanya ada 10 ahli di dalamnya, kalau kita nak kenal satu kumpulan besar kita kena kenal yang kumplan kecil - kecil dahulu.. :)

okay, cerita pasal explorace hari tu,, mula - mula tu memang lah macam tak excited sebab hari minggu pagi pagi dah awal kena bangun kena turun foyer pukul 8 pagi,, aku kalau masa in sha Allah sharp. sbb masa tu penting, kalau org kata pukul 8 so pukul 8 lah kan. kecuali kalau aku terbabas tu nak buat macam mana , salah aku, aku ngaku.. hahahhaa. pukul 8 pagi aku sharp turun tengok tak ramai pon orang ada berapa ketul je,, dah la kita bangun pagi org lain buat problem pulaak,, memang nak hangin laaa. ngantuk weh pepagi hari minggu. lambat jugak laa kumpul semua dan mula pon lambat.. tapi dapat siblings yang excited nak menang hadiah so aku pon usaha laa nak menang. dari satu check point ke satu check point lain dah laa jauh. hmmmm.. nak tercabut kaki tambah lenguh - lenguh. memang penat lahhh. nak dekat jam 11.30 pagi kumpulan aku selesai semua checkpoint dan berehat di foyer kolej untuk tunggu yang lain selesaikan checkpoint mereka. pukul 12 kami dilepaskan pulang ke bilik masing-masing utk berehat. alhamdulillah....

pada sebelah malam pula, pihak ajk kelab buat bbq untuk kami sama sama makan dah penyampaian hadiah malam tu. jumpulan aku dapat nombor 4 alhamdulillah. hee. so thats all.

Thank you

N A Z I H A H S A F U A N