Friday, December 18, 2015

KAWAN ATAU SAHABAT

Assalamualaikum semua..

Aku kembali selepas penat lelah sama sama meriahkan wedding kakak dan abang ipar aku.
Sebelah perempuan di Janda Baik sebelah lelaki di Kuala Kedah.. akhirnya semua berakhir..
Alhamdulillah. !

Kali ni aku nak story pasal kawan.. guys. Kawan ni bersepah.. kat mana mana kita boleh cari kawan. Baik atau buruk perangai tu depends atas diri kita pandai pilih ke tak. Kawan atau sahabat dalam hidup kita ni akan datang dan pergi tak putus putus macam air yang sentiasa mengalir… nak gelarkan dia kawan baik kita atau sahabat karib tu susah sebab dia bukannya akan ada sentiasa dengan kita. Malah parents yang dekat dengan kita pun kita tinggal sebab nak sambung study tempat jauh jauh.. memang kita boleh sama sama janji akan kawan sampai akhir hayat tapi ingatlah semua…. yang kawan takkan selalu ada dengan kita.. dia pun ada life dia sendiri.. tahu siapa yang selalu ada dengan kita??
Yang selalu ada di sisi kita tanpa pernah jemu even kita berpaling dari dia adalah ALLAH swt..
Dialah yang selalu memaafkan kita bila kita buat apa yang Dia larang.. kawan kawan.. Allah sahaja yang tak pernah nak sisihkan kita even kita selalu tak ingat kat dia..

Kawan ni memang kadang kala ada time kita susah dan senang tapi tak sepenuh masa.. kawan sekolah rendah kita tinggal bila masuk sekolah menengah.. masuk matrik tinggal pulak kawan sekolah menengah tu.. masuk university jumpa lagi kawan baru.. sedar tak sedar sepanjang hayat kita ni dah beribu kawan kita kenal… jangan terlalu pilih kawan.. boleh memilih tapi lebih baiknya kalau kita berkawan dengan semua orang .. boleh nak kawan dengan orang jahat tapi jangan lah kita ikut dia jadi jahat tapi kita ubah dia atau ajak dia jadi baik.. dengan siapa kita berkawan tu menunjukkan siapa diri kita.. janganlah kita nak pandang serong kat bekas banduan contohnya… mana tahu lepas keluar penjara dia punya sikap jauh lebih baik dari kitaa. Siapa tahu…

J Hanya ALLAH swt yang tahu..

N A Z I H A H S A F U A N

No comments:

Post a Comment