ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
Alhamdulillah, semester satu aku untuk tahun pertama di UKM ni dah sampai ke penghujungnya.
Epilog didefinisikan sebagai bahagian penutup pada karya sastera yang fungsinya menyampaikan isi cerita atau menafsirkan maksud karya itu oleh seorang penulis dalam suatu karya sastera pada akhir cerita.
Pada kelas yang terakhir aplikasi komputer aku tak dapat hadir sebab aku masih dalam perjalanan balik ke Ukm. by minggu tu aku ponteng dua kelas, makroekonomi dan aplikasi komputer. aku nak hadirkan diri untuk kelas dan kuliah yang terakhir bagi sem ni tapi aku tak mampu nak tolak permintaan umi yang mengharapkan aku untuk drive balik ke pahang dari kedah.. susah aku nak tolak permintaan umi sebab aku juga risau keadaan umi nak drive balik ke pahang seorang memandu tanpa bergilir. jadi aku buat keputusan untuk drive kan umi dan adik balik ke rumah dahulu dan barulah aku balik ke ukm. bila tengok masing masing update gambar kat dalam fon kelas terakhir dengan lecturer... sumpah jeles. hmmm. terpaksa aku relakan.
Permulaan aku buat blog ni adalah daripada pembelajaran aku tentang aplikasi komputer. lecturer aku yang suruh buat blog ni sebagai salah satu tugasan kami. sejujurnya aku tak pernah rasa terbeban untuk setiap tugasan yang dia beri tapi mungkin ada laa beberapa keluhan tapi aku selalu laa pesan dan muhasabah diri aku yang dia bagi tugasan tu untuk kita belajar. and now, im very thankful to you my lecturer sebab dah bagi seberapa banyak ilmu kepada kami semua. penulisan blog ni aku sememangnya suka sebab ia menjadi salah satu tempat untuk aku cerita atau kongsi kisah hidup aku. aku bukannya nak raih perhatian orang pun tapi aku suka menulis apa yang ada dalam fikiran aku. banyak ilmu komputeran yang aku dapat sepanjang aku hadir kelas ni. daripada aku buta komputer sekarang aku dah tahu nak guna serba sikit benda benda dalam laptop ni. memang takda pensyarah yg ingat nama setiap pelajar dia tapi dia ingat satu satu. as a student kalau lecturer kau ingat nama kau mestilah kau rasa macam dihargai kan. just like me. aku bersyukur aku dapat seorang pensyarah macam ni yang juga paham keadaan pelajar pelajar dia. sir selalu bagi tips tips bila kat universiti dan apa yang dia kata tu ada gunanya untuk kami semua. memang ada dia marah dalam kelas tapi wajarlah kan, mana ada orang yang tak marah. im having fun along this classes . thanks a lot sir.
N A Z I H A H S A F U A N
No comments:
Post a Comment